Tanggal 3/3/2010 tibalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua warga PPKI SKCL3 iaitu hari dimana kami akan melawat ke Pangkalan TLDM Lumut dan SK Pangkalan TLDM 2. Seramai 16 orang guru termasuk PPM dan 27 orang murid menyertai rombongan kami ke sana. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dijadualkan. Terima kasih tidak terhingga di atas kesudian pihak SK Pangkalan TLDM 2 yang sudi menerima kehadiran kami walaupun pada saat-saat akhir. Sambutan yang diberikan amat mengharukan kami warga PPKI SKCL 3. Ucapan terima kasih ini juga kami alukan untuk Pegawai TLDM yang telah membawa kami melawat Pangkalan TLDM. Di antara tempat yang kami lawati seperti Geleri TLDM, KD Rajawali, kapal TLDM dan sekitar TLDM. Selepas itu, kami bertolak ke Pasaraya Besar Giant untuk mengajar anak-anak PPKI cara-cara untuk berbelanja berdasarkan wang saku yang diberi. Jom layan gambar yang telah diambil di sana
sewaktu dalam perjalanan ke TLDM
Khusyuknya..murid2 kami mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Pangkalan TLDM 2 En. Kamaruzaman Bin Hasbullah
Penyelaras PPKI SKCL 3, En. Norizam menerima cenderahati daripada En. Kamaruzaman, Guru Besar SK Pangkalan TLDM2
Cuaca panas tidak menghalang anak2 PPKI melawat kapal TLDM
Bergambar di Galeri TLDM sebagai kenang-kenangan
0 ulasan:
Post a Comment