October 29, 2009

Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Minggu ini minggu peperiksaan untuk semua murid di SKCL3. Tak dilupakan juga PPKI SKCL 3 juga mengadakan Peperiksaan Akhir Tahun pada minggu ini. Semua guru PPKI telah menyediakan soalan peperiksaan pada mingg lepas lagi. Memang bersemangat cikgu-cikgu ni. Kepada murid-murid PPKI selamat menjawab dan semoga berjaya dari kami guru-guru PPKI..


Cikgu pembakar semangat untuk menjawab soalan..heh..heh


Jgan tiru laaa


ish..susah btl la soalan ni..cikgu maner la buat nie..


Macam nie cr nak jwab..

Tahniah

Tahniah diucapkan kepada adik Siti Nabila Thasa Bt Mat Saad kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Tilawah AlQuran Pendidikan Khas 2009 Peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Hotel Hill City, Ipoh...Kepada adik Nabila syabas diucapkan dan cuba lagi untuk tahun depan.


Terima kasih dan tahniah kepada adik Nabila.....

October 20, 2009

Tinggal Kenangan....

Ustaz Hazwan Humaidi telah menamatkan perkhidmatan di SKCL 3 pada 16 Oktober 2009 kerana menyambung pengajiannya di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dalam bidang Syariah Undang-Undang. Kepada Ustaz kami di PPKI mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mendidik anak-anak pendidikan khas dan semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Aminnn..Jangan lupa kami di sini..



Seronoknya dapat hadiahh..


Kenangan terakhir di PPKI...emmm sedihnye

Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Daerah Perak Tengah (part 1)

Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Daerah Perak Tengah diadakan di Sek.Keb. Lambor Kanan pada 13 Oktober 2009 bersamaan 24 Syawal 1430 bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.30 tengahari. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah AlQuran, Hafazan AlQuran, Laungan Azan, Nasyid, bercerita dan Tulisan Khat. PPKI SKCL 3 tidak melepaskan peluang ini dan mengambil dalam semua acara yang dipertandingkan. Alhamdulillah...PPKI SKCL 3 berjaya menjadi JOHAN dalam HAfazan dan ttilawah AlQuran yang diwakili oleh adik Siti Nur Nabila Thasa Bt. Mad Saad. Manakala dalam acara laungan azan mendapat Naib Johan pula diwakili oleh adik Mohammad Shahrul Izwan B Razali. Pertandinagn bercerita (perempuan) pula, PPKI SKCL 3 mendapat Naib Johan yang diwakili oleh adik Siti Nur Nabila Bt. Mad Saad dan kategori lelaki pula mendapat tempat ke-3 yang diwakili oleh adik Mohammad Izhan HAikal B. Zamanhuri..Kepada yang berjaya diucapkan tahniah dan yang tidak berjaya usaha lagi pada tahun hadapan..Kepada anak-anak PPKI SKCL 3 anda tetap juara di hati kami...



Adik Siti Nur Nabila Thasa sedang menyampai cerita yang bertajuk Kisah Nabi Ibrahim a.s


Kumpulan Nasyid Al Amin bersungguh2 menyampaikan lagu yg bertajuk Anak Derhaka



emmm..giliran adik Izhan Haikal pula bercerita


Usaha gigih guru pembimbing harus diberi pujian...akhirnya anak didik berjaya menjadi Johan..Tahniah


Ehh..macam takut je..releks la..

October 17, 2009

Sambutan Hari Raya di SKCL3

7/10/09...time SKCL 3 pulak buat rumah terbuka. Bertempat di mana lg kalau tak di SKCL 3 yang indah dan permai tu. Pada hari tu semua murid diwajibkan memakai baju raya termasuklah semua guru2 dan staf. Antara tetamu yang hadir adalah YDP PIBG dan ibubapa...Ada yang bawa kuih, kek dan bermacam2 kuihmuih..Sedaplaaa. Jom layan gambar ni...



Bersama penyelaras PPKI SKCL 3



Gelagat ibu-ibu mengambil juadah yang disediakan...nampak cam sedap je


Emmm...cam kenal jer....oooo anak2 PPKI rupenyer..seronoknya nak beraya



Antara murid2 di SKCL 3 memakai baju raya yang sungguh glamour


Antara juadah yang disediakan oleh pihak sekolah

October 5, 2009

PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA ANAK-ANAK PPKI DAN GURU SKCL3

Alhamdulillah,dipertemukan kita lagi setelah seminggu bercuti menyambut kedatangan Syawal. Sepanjang minggu lepas (Isnin hingga Jumaat ) PPKI SK Changkat Lada 3 telah mengadakan Program Sambutan Hari Raya Bersama anak-anak PPKI dan Guru PPKI SKCL3.Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan pihak sekolah khususnya guru-guru PPKI dengan ibu bapa murid-murid PPKI. Di samping itu program ini juga dapat memberi pengalaman bermakna kepada anak-anak istimewa ini menyambut Syawal bersama guru-guru dan rakan-rakan. Kepada ibu bapa dan guru-guru yang terlibat, diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa.tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan program ini. Semoga setiap yang kita lakukan akan medapat keredhaan Allah hendaknya. Jom layan gambar2 nih...


Nie...gambar kat umah Cikgu Normi, kepada sesiapa yag x dapat beraya bersama km jgn jeles terutamanya ameer..


Best..banyak juadah h.raya. nak2 lg rumah cikgu Zam (penyelaras ppki)


Seronoknya diaorang nie kalau bab beraya..cikgu pun 2 x 5..heh..heh