Alhamdulillah...selesai juga akhirnya urusan memasukkan dua orang lagi murid PPKI ke Kelas Perdana (INKLUSIF) yang ditempatkan di Tahun 5. Kedua-dua orang murid ini dimasukkan ke kelas Inklusif adalah untuk persediaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2011. Memang susah juga hendak memujuk kedua-dua orang murid ini ke kelas Inklusif..Katanya tiada kawan nanti. Akhirnya, selepas masuk ke Tahun 5 keduanya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Kami dari pihak PPKI mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat terutamanya guru-guru yang mengajar Tahun 5 kerana sudi memberi peluang kepada anak-anak kami berada bersama dengan murid Perdana..
January 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment