September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


Syawal bakal menjelma.Seluruh warga PPKI SK Changkat Lada 3 ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog PPKI SK Changkat Lada 3. MAAF ZAHIR DAN BATIN.Kepada mereka yang ingin pulang ke kampung,berhati-hati memandu.Sentiasa utamakan keselamatan.Pihak admin juga ingin memohon seribu kemaafan andai sepanjang mengendalikan blog ini ada pihak yang tersinggung sama ada disengajakan atau tidak. Jumpa lagi selepas cuti Aidilfitri.SALAM AIDILFITRI DARI ADMIN PPKI SKCL3. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

HARI TERAKHIR GURU-GURU PRAKTIKUM


Pn. Siti Kamisah


En. Fathan


En. Amir

Semalam (khamis) merupakan hari terakhir guru-guru praktikum PPKI di SK Changkat Lada 3 menjalankan tugas mereka sebagai guru pelatih di sini. Banyak sekali kerjasama yang diberikan kepada pihak PPKI SK Changkat Lada 3 sepanjang mereka berada di sini. Semoga segala ilmu yang dipelajari atau yang telah mereka curahkan di sini sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah hendaknya. Bagi pihak PPKI SK Changkat Lada 3, kami amat mengharapkan kalian akan menjadi seorang guru yang cemerlang. Teruskan berbakti kepada anak-anak istimewa ini. Semoga kalian akan sentiasa beroleh kejayaan.

MAJLIS BERBUKA PUASA PPKI SKCL3

En. Norizam dan keluarga.

Tgh menunggu waktu berbuka

Sempat posing lagi tu.

Alhamdulillah seperti yang dirancangkan pada 15 September 2009, guru-guru PPKI SK Changkat Lada 3 telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di Bakau D' Muara, Lekir. Walaupun ada kalangan kami yang tersesat (admin la tu ),tapi Alhamdulillah dapat juga sampai ke destinasi dan berbuka puasa di sana. Saat-saat ini juga sempat dikongsi bersama guru-guru praktikum yang telah menamatkan praktikum mereka pada minggu ini. Terima kasih kepada penyelaras, En. Norizam yang bertindak sebagai pengurus projek untuk majlis berbuka puasa ini.

Lagi gambar ..............


September 13, 2009

AKTIVITI DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa bukanlah alasan untuk tidak melakukan pelbagai aktiviti di sekolah.Demikian juga dengan PPKI SK Changkat Lada 3.Berpuasa bukanlah halangan untuk meneruskan segala aktiviti yang telah dirancangkan.Namun begitu segala aktiviti yang dijalankan tidak membebankan anak-anak didik PPKI SK Changkat Lada 3.


Latihan Bercerita



Latihan Nasyid



Letihnya sampai tertido...............

Lagi gambar...............