May 19, 2010

Kampus Astro

Kampus Astro memperluaskan jelajahnya ke Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3. Tanggal 10 Mei 2010 bertempat di perkarangan SKCL 3, bermulalah ekspedisi menerokai dunia Kampus Astro untuk sekolah yang berdekatan. Antara sekolah yang menjadi tetamu SKCL 3 ialah SK Seri Cempaka, SK Changkat Lada 2 dan SMK Changkat Lada. PPKI SKCL3 tidak ketinggalan untuk menyertai program ini...Seperti biasa...Jom layan gambar2 ni...


Kampus Astro

Murid2 PPKI mendengar taklimat drpd salah seorang wakil Astro


Yeah..Jom kita layan Kampus Astro bersama2 pakej yang menarik disediakan untuk tontonan kita

Warga PPKI tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam jualan pada hari tersebut. Mai beli..murah..murah..

Cenderamata dari pihak Astro untuk murid kami..PPKI ja yang dapat ni semua tau..special...

May 9, 2010

SELAMAT HARI LAHIR....

Selamat Hari Jadi...selamat hari jadi...selamat hari jadi...anak murid ku...selamat hari jadi...Alhamdulillah, majlis sambutan hari lahir yang pertama pada tahun 2010 akhirnya dapat dilaksanakan setelah pelbagai kekangan yang datang. Sambutan ini adalah untuk murid dan guru yang dilahirkan pada bulan Januari hingga Mei..Semoga panjang umur, dijauhkan dari hasad dengki dan senyum selalu..Seronok tengok gelagat anak2 Pendidikan Khas ni..


Antara murid yg menyambut hari lahir


Acara memotong kek..


emmm...sedapnyer...dah x sabar lg nak nyam..nyam..ni

waktu bermain kotak beracun..Amirul kena menyanyi selamat hari jadi cikgu Wan..

Antara tetamu yang hadir..

April 16, 2010

Menu Hari Ini

Hari ini semua murid PPKI belajar cara memasak Nasi Goreng Kampung dari cikgu-cikgu PKH..Alhamdulillah P&P berjaya kerana murid berasa seronok melakukan aktiviti tersebut..Jom belajar masak....

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk masak n.goreng...


Tumbuk jgn tak tumbuk

Tumbuk ikan bilis sampai hancur tau...(cikgu limah menerangkan cara-cara menumbuk ikan bilis)


Jemput makan..cikgu...jemput makan kawan2

April 9, 2010

Tahniah

Kami dah boleh senyum dah sebab waktu kritikal dah habis...Cikgu Halimah, Cikgu Sazila & Cikgu Ikhwanur

Tahniah dan syabas kepada 3 orang guru KDC PPKI yang baru menghabiskan sesi praktikum...Semoga anda menjadi guru yang terbaik untuk murid2 PPKI..dari kami warga PPKI SKCL 3

Mesyuarat Pendidikan Khas kali ke-2

Telah berlangsungnya Mesyuarat Pendidikan Khas kali ke-2 tahun 2010 yang telah berlangsung pada 6/4/2010 bersamaan hari Selasa. Mesyuarat di adakan di Bilik Mesyuarat SKCL 3 yang dihadiri oleh Yg Berusaha Tuan Guru Besar SKCL 3, En.Mohd Shalehin b Suratman, Pen.Kanan Pentadbiran, Pn.Normala Bt Idris, Penyelaras PPKI, En.Norizam b Riman dan semua guru2 dan PPM PPKi SKCL3. Antara perkara yang dibincangkan ialah perkhemahan pengakap Pendidikan Khas dan rombongan tahunan..



Banyak perkara yang berlu dibincangkan untuk memantapkan lg PPKI....

Amboi..serius nampak...cikgu2 kita nie..

Antara guru yg hadir pada mesyuarat tersebut









March 8, 2010

Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah

Bertarikh 5 Mac 2010 bersamaan 19 RabiulAwal 1431H berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah yang diadakan di surau dan kantin SKCL3. Semua murid terlibat dalam program ini. Majlis dimulai dengan selawat beramai-ramai dan diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Al-Fadhil Ustaz Zambree B Majid. Selesai program mendengar ceramah, murid diberi soalan kuiz yang berkaitan dengan ceramah yang telah didengar. Selepas rehat, murid diberi aktiviti mewarna gambar yang telah disediakan oleh guru yang bertanggungjawab. Gambar2 sewaktu majlis Maulidur Rasul...


Antara murid2 PPKI yang terlibat dalam majlis tersebut


Mendengar ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zambree



Amboi..cantiknya Amirul warna. Ada harapan dapat hadiah nie


Bersungguh2 anak murid kami mewarna untuk mendapat hadiah yang ditawarkan


Aktiviti mewarna yang dijalankan di kantin sekolah

Belajar sambil melawat ke TLDM Lumut

Tanggal 3/3/2010 tibalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua warga PPKI SKCL3 iaitu hari dimana kami akan melawat ke Pangkalan TLDM Lumut dan SK Pangkalan TLDM 2. Seramai 16 orang guru termasuk PPM dan 27 orang murid menyertai rombongan kami ke sana. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dijadualkan. Terima kasih tidak terhingga di atas kesudian pihak SK Pangkalan TLDM 2 yang sudi menerima kehadiran kami walaupun pada saat-saat akhir. Sambutan yang diberikan amat mengharukan kami warga PPKI SKCL 3. Ucapan terima kasih ini juga kami alukan untuk Pegawai TLDM yang telah membawa kami melawat Pangkalan TLDM. Di antara tempat yang kami lawati seperti Geleri TLDM, KD Rajawali, kapal TLDM dan sekitar TLDM. Selepas itu, kami bertolak ke Pasaraya Besar Giant untuk mengajar anak-anak PPKI cara-cara untuk berbelanja berdasarkan wang saku yang diberi. Jom layan gambar yang telah diambil di sana




sewaktu dalam perjalanan ke TLDM


Khusyuknya..murid2 kami mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Pangkalan TLDM 2 En. Kamaruzaman Bin Hasbullah


Penyelaras PPKI SKCL 3, En. Norizam menerima cenderahati daripada En. Kamaruzaman, Guru Besar SK Pangkalan TLDM2



Cuaca panas tidak menghalang anak2 PPKI melawat kapal TLDM


Bergambar di Galeri TLDM sebagai kenang-kenangan



January 20, 2010

Kelas Inklusif

Alhamdulillah...selesai juga akhirnya urusan memasukkan dua orang lagi murid PPKI ke Kelas Perdana (INKLUSIF) yang ditempatkan di Tahun 5. Kedua-dua orang murid ini dimasukkan ke kelas Inklusif adalah untuk persediaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2011. Memang susah juga hendak memujuk kedua-dua orang murid ini ke kelas Inklusif..Katanya tiada kawan nanti. Akhirnya, selepas masuk ke Tahun 5 keduanya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Kami dari pihak PPKI mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat terutamanya guru-guru yang mengajar Tahun 5 kerana sudi memberi peluang kepada anak-anak kami berada bersama dengan murid Perdana..

January 18, 2010

Tahniah....

Tahniah diucapkan kepada adik Mohd Syafik B Abu Bakar kerana menjadi satu-satunya murid pendidikan khas yang dilantik menjadi pengawas sekolah...Majlis Watikah Perlantikan telah diadakan di tapak perhimpunan SKCL 3 pada 11/01/2010. Untuk pengetahuan semua, adik Syafik telah diInklusifkan di kelas Perdana dan akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini..Kami warga PPKI mengucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian beliau..


Adik Syafik menerima watikah perlantikan sebagai pengawas sekolah oleh Guru Besar SKCL 3, En Mohd Salehin


Pembacaan ikrar selepas menerima watikah perlantikan sebagai pengawas sekolah

Lembaran 2010

Agak lama tidak membuat catatan baru untuk blog PPKI ni..Mohon kemaafan kepada pengunjung blog kerana tidak dapat membuat cacatan yang terkini. Maklumlah admin agak sibuk...sejak kebelakangan ini. Apapun, keinginan untuk mengupdate blog sentiasa ada..Akhirnya ada juga kesempatan untuk mengupdate blog ini pada hari ini. Inilahlah wajah-wajah Murid-murid PPKI pada tahun 2010. Seronok tengok gelagat murid PPKI di tahun baru. Ada yang berbaju baru, kasut pun baru boleh dikatakan semuanya baru..Emm semangat betul la anak-anak PPIK melangkah ke sekolah di tahun baru..Dari kami warga PPKI SKCL 3 ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Kepada semua pengunjung blog ini walaupun sudah 18 hari kita melangkah ke tahun baru


Best tau sekolah kat sini..cikgu-cikgu semuanya sporting


Emm..bukan senang nak biasakan diri bangun awal nii..dah nangis..


Wajah-wajah di pagi hari


Perhimpunan minggu pertama Tahun 2010..semua dah cantik-cantikk..