January 20, 2010

Kelas Inklusif

Alhamdulillah...selesai juga akhirnya urusan memasukkan dua orang lagi murid PPKI ke Kelas Perdana (INKLUSIF) yang ditempatkan di Tahun 5. Kedua-dua orang murid ini dimasukkan ke kelas Inklusif adalah untuk persediaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2011. Memang susah juga hendak memujuk kedua-dua orang murid ini ke kelas Inklusif..Katanya tiada kawan nanti. Akhirnya, selepas masuk ke Tahun 5 keduanya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Kami dari pihak PPKI mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat terutamanya guru-guru yang mengajar Tahun 5 kerana sudi memberi peluang kepada anak-anak kami berada bersama dengan murid Perdana..

January 18, 2010

Tahniah....

Tahniah diucapkan kepada adik Mohd Syafik B Abu Bakar kerana menjadi satu-satunya murid pendidikan khas yang dilantik menjadi pengawas sekolah...Majlis Watikah Perlantikan telah diadakan di tapak perhimpunan SKCL 3 pada 11/01/2010. Untuk pengetahuan semua, adik Syafik telah diInklusifkan di kelas Perdana dan akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini..Kami warga PPKI mengucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian beliau..


Adik Syafik menerima watikah perlantikan sebagai pengawas sekolah oleh Guru Besar SKCL 3, En Mohd Salehin


Pembacaan ikrar selepas menerima watikah perlantikan sebagai pengawas sekolah

Lembaran 2010

Agak lama tidak membuat catatan baru untuk blog PPKI ni..Mohon kemaafan kepada pengunjung blog kerana tidak dapat membuat cacatan yang terkini. Maklumlah admin agak sibuk...sejak kebelakangan ini. Apapun, keinginan untuk mengupdate blog sentiasa ada..Akhirnya ada juga kesempatan untuk mengupdate blog ini pada hari ini. Inilahlah wajah-wajah Murid-murid PPKI pada tahun 2010. Seronok tengok gelagat murid PPKI di tahun baru. Ada yang berbaju baru, kasut pun baru boleh dikatakan semuanya baru..Emm semangat betul la anak-anak PPIK melangkah ke sekolah di tahun baru..Dari kami warga PPKI SKCL 3 ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Kepada semua pengunjung blog ini walaupun sudah 18 hari kita melangkah ke tahun baru


Best tau sekolah kat sini..cikgu-cikgu semuanya sporting


Emm..bukan senang nak biasakan diri bangun awal nii..dah nangis..


Wajah-wajah di pagi hari


Perhimpunan minggu pertama Tahun 2010..semua dah cantik-cantikk..