May 19, 2010

Kampus Astro

Kampus Astro memperluaskan jelajahnya ke Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3. Tanggal 10 Mei 2010 bertempat di perkarangan SKCL 3, bermulalah ekspedisi menerokai dunia Kampus Astro untuk sekolah yang berdekatan. Antara sekolah yang menjadi tetamu SKCL 3 ialah SK Seri Cempaka, SK Changkat Lada 2 dan SMK Changkat Lada. PPKI SKCL3 tidak ketinggalan untuk menyertai program ini...Seperti biasa...Jom layan gambar2 ni...


Kampus Astro

Murid2 PPKI mendengar taklimat drpd salah seorang wakil Astro


Yeah..Jom kita layan Kampus Astro bersama2 pakej yang menarik disediakan untuk tontonan kita

Warga PPKI tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam jualan pada hari tersebut. Mai beli..murah..murah..

Cenderamata dari pihak Astro untuk murid kami..PPKI ja yang dapat ni semua tau..special...

May 9, 2010

SELAMAT HARI LAHIR....

Selamat Hari Jadi...selamat hari jadi...selamat hari jadi...anak murid ku...selamat hari jadi...Alhamdulillah, majlis sambutan hari lahir yang pertama pada tahun 2010 akhirnya dapat dilaksanakan setelah pelbagai kekangan yang datang. Sambutan ini adalah untuk murid dan guru yang dilahirkan pada bulan Januari hingga Mei..Semoga panjang umur, dijauhkan dari hasad dengki dan senyum selalu..Seronok tengok gelagat anak2 Pendidikan Khas ni..


Antara murid yg menyambut hari lahir


Acara memotong kek..


emmm...sedapnyer...dah x sabar lg nak nyam..nyam..ni

waktu bermain kotak beracun..Amirul kena menyanyi selamat hari jadi cikgu Wan..

Antara tetamu yang hadir..