August 23, 2009

Terima Kasih Cikgu Normi Zulfa



Tanggal 21 Ogos 2009, Cikgu Normi telah menamatkan perkhidmatannya sebagai guru ganti yang menggantikan Puan Rosida yang sedang mengambil cuti bersalin. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Normi selama beliau berada di PPKI SKCL 3. Semoga berjaya dan jgan lupa kami di sini....

August 18, 2009

GURU-GURU PRAKTIKUM YANG BEST

Pada 15 Jun 2009, warga Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3 telah menerima tiga ahli keluarga baru iaitu guru-guru praktikum. Guru-guru ini akan menjalani praktikum di SKCL3 selama tiga bulan iaitu sehingga 18 September 2009. Mereka terdiri daripada dua orang guru lelaki iaitu En. Fathan, En. Amir serta seorang guru wanita iaitu Pn. Siti Kamisah.Kesemua guru praktikum ini mengikuti kursus perguruan di Institut Perguruan Ipoh, Perak.Selamat berpraktikum diucapkan......................... Semoga beroleh kecemerlangan dalam praktikum...................


En. Fathan ( guru lelaki paling comel ) daddy cool......


Pn. Siti Kamisah ( lemah lembut orangnya )


En. Amir ( senyuman memikat cik-cik di sekolah ) :-) bujang lagi........

August 17, 2009

MINGGU PENDIDIKAN KHAS SKCL3 PART 2


Guru-guru yang sentiasa perihatin.



Tiup sampai pecah.


Antara guru dan murid PPKI

Hari ketiga Minggu Pendidikan Khas SKCL3 diwarnai dengan sukaneka. Acara ini dilangsungkan pada 12 Ogos 2009 di Padang SKCL3. Pelbagai acara sukaneka diadakan. Semua murid memberi kerjasama yang baik sepanjang acara sukaneka berlangsung.

Lagi gambar acara sukaneka..................



August 11, 2009

ORGANISASI PPKI SK CHANGKAT LADA 3


MINGGU PENDIDIKAN KHAS SKCL3 TAHUN 2009


Amboi, kira untung ke.....?


Aha mari mari, satu barang satu ringgit.Boleh campur - campur.


Penyelaras PPKI, En. Norizam sedang memeriksa barangan yang dipamerkan.


Hari ini merupakan hari jualan bermula. Pelbagai barangan dijual yang mana merupakan hasil kerja murid - murid PPKI SK Changkat Lada 3. Antara barangan yang dijual adalah penanda buku, bingkai gambar, rak buku, pelbagai jenis barangan kraf dan beberapa jenis makanan. Aktiviti jualan ini dapat memupuk semangat ingin berniaga di samping dapat memberi ilmu perniagaan kepada murid-murid PPKI. Di samping itu,murid-murid ini juga dapat meningkatkan pengetahuan matematik mereka. Semua barangan telah habis dijual.

Lihat gambar seterusnya.............





Persiapan Minggu Pendidikan Khas SKCL 3 Tahun 2009

Pada 10 - 14 Ogos, PPKI SK Changkat Lada 3 akan mengadakan Minggu Pendidikan Khas bagi tahun 2009. Acara ini akan dilangsungkan bertempat di perkarangan Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3. Pelbagai acara diadakan.Antaranya jualan barangan kraf dan hasil kerja murid, pameran,sukaneka antara murid dan guru serta mencari harta karun. Berikut adalah gambaran persiapan yang telah dijalankan untuk melaksanakan Minggu Pendidikan Khas SK Changkat Lada 3 Tahun 2009........



Lagi gambar.................................




August 9, 2009

Belajar Sambil Melawat Ke Cameron Highland

Pada 30 Julai 2009, PPKI SKCL3 telah mengadakan program belajar sambil melawat ke Cameron Highland. Seramai 23 orang murid dan 11 org guru pengiring mengikuti program tersebut. Kami bertolak ke C.H jam 7.30pagi dan tiba di sana pada pukul 10pagi. Antara tempat yang kami lawati ialah Tmn Agroteknologi Mardi, Cameron Valley Tea, Ladang Teh, Strawberry Farm dan Pusat Penghasilan Madu.


Daftar dan Hubungi Kami

Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) SK Changkat Lada 3.
No Tel: 05 - 6553491 ( pejabat ).

Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah.
No Tel: 05 - 3711273 ( samb ) Pegawai Khas Pendidikan Khas En. Dzul Hanan b. Ghazali.

Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Perak.
05 - 5274355 ( samb ) 2184



Keistimewaan Murid PPKI Didaftarkan ke Sekolah

  • Murid akan mendapat Elaun Khas sebanyak RM 150.00 sebulan.
  • Sewa Telefon ( TM ) RM 1.00 sebulan.
  • Pelepasan Cukai RM 900.00 bagi seorang anak.
  • Kenderaan awam separuh harga bagi murid PPKI.

Prosedur Kemasukan Murid PPKI Ke Sekolah

  1. Dapatkan borang pendaftaran di sekolah, PPD atau JPN.
  2. Isi borang dan buat pemeriksaan kesihatan di hospital atau doktor pakar.
  3. Kembalikan borang yang telah lengkap ke sekolah atau hantar terus ke JPN ( unit pendidikan khas ).
  4. JPN memproses kemasukan murid.
  5. Jika diterima JPN akan mengeluarkan surat penempatan dan jika gagal JPN akan menasihatkan murid tersebut dihantar ke PDK.
  6. Pendaftaran kemasukan ke sekolah.
  7. Mendaftarkan murid tersebut untuk mendapatkan kad OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat.